Thursday, 14 March 2013

I'm sad because..

Hm , mungkin korang nak tahu sebab apa aku menangis. Kalau boleh aku tak nak siapa-siapa tahu apa sebabnya. Aku tak suka story problem aku dekat orang. Aku tak boleh tipu perasaan ni, aku cemburu sangat dengan dia. Aku cuma cemburu tapi rasa sayang aku terhadap dia tak ada. Aku pelik asal aku masih cemburu, aku masih takecare walaupun sekarang dah tak tegur antara satu sama lain. Aku tak kesah! Aku rindu dia, susah aku nak lupakan dia. Dulu aku memang bodoh tak hargai dia, aku yang tinggalkan dia, tapi sekarang aku menyesal , aku cemburu! Kenapa boleh terjadi? InsyaAllah! Kalau ada peluang kedua aku akan jaga dia, peluk kasih sayang dia dengan erat. Kalau peluang aku bukan bersama dia tapi dengan orang lain aku akan jaga dia macam mana aku rancang nak hidup bersama si dia...Tapi, mana mungkin dia nak kembali, dia dah bahagia, dia dah lupakan aku, aku dekat sini sedih teringat dia. Aku selalu pikir pasal dia, dia tak rindu aku ke? Dia tak ingat aku ke? Hmm..
Aku tahu ni salah aku, aku nak tweet pasal rindu pun rasa serba salah. Apa patut aku buat selain menangis right? Aku cuba lupakan engkau tapi semua tu tak boleh! Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat aku akan ingat engkau. Masa berlalu dengan begitu cepatkan, kalaulah masa boleh diundur , aku nak hidup dengan kau! Mungkin ini semua takdir , mungkin ini semua bukan jodoh , semuanya Allah yang tentukan. Tapi kalau jodoh tak kemana orang tua-tua kata. If kau lah jodoh aku.... Aku suka tapi.. Ok , lupakan..
Aku nak tanya dekat kau wahai pasangan sweet couple, adakah korang benci aku? Aku sedih wehh! Aku saja nak berkawan , tapi kenapa girlfriend kau tak follow back waktu aku follow dia dekat twitter? Dari segi dia, aku dah nampak yang dia memang benci aku. Apa salah aku? Aku ....... Hmm tak apa . Aku redha siapa aku, ex-couple engkau dan gf kau sekarang, dua-2 benci aku. Ok fine ! Aku terima , termasuk lah kau , aku tahu kau pun benci aku. It's okay. Kau ingat ni , aku tak pernah menyesal kenal kau. Terima kasih untuk segalanya. I really miss you :')
Terima Kasih Kerana Membaca Blog Saya