Thursday, 28 February 2013

KikiLala :')

Bila aku dah boleh lupakan kenangan, dah boleh lupakan korang, dah hilang semua dalam pikiran pasal korang,  nak mulakan hidup baru waktu itu jugaklah korang nak muncul! Please, faham keadaan aku sekarang. Aku tahu korang dah bahagia, korang tak kesian ke dekat aku? Aku nak lupakan korang! Korang ingat senang ke? Ambil masa yang lama tahu tak. Tapi korang apa tahu? Hm , Yelah yelah, mungkin korang nak jadi baikkan. Tapi bagi aku masa, aku dahlah sayang korang. Korang dah bahagia tak apa lah jugak. Main ikutt suka hati tok nek korang je lah nak tegur ex, sebab apa? Sebab korang dah bahagia, tak ada rasa rindu sayang apa semua tu. Bila korang tegur aku, aku asyik pikir pasal korang, aku rasa nak bersatu macam dulu. Harapan aku sangat tinggi , tapi apa yang aku harapkan tak akan terjadi. Kau tahu tak aku sedih? Pernah tak engkau terpikir? Tak pernahkan?
Korang ni macam nak mainkan perasaan aku tahu tak? Aku nak mencarut, Tak boleh, dosa wehh :/ Tak apa aku mesti tabah! Aku tahu ini dugaan , ye ini dugaan! :')

Korang tahu tak, bila korang tegur mesti aku akan terpikir *rindu aku lah tu* bila aku stalk korang, hm rupa-2nya, ada masalah dengan gf , gaduh dengan gf, gf tak reply, apa-2 semua tu. Sekarang aku baru sedar, korang akan cari aku bila waktu-2 korang tengah sepi tengah sendirian. YaAllah! Sedih wehh! Sedih sangat.... Kak Nina cakap kan kan , korang macam gunakan aku sahaja , yesss! bilaa aku pikirkan balik , memang betul pun. Aku je yang baru sedar .! Dah lah weh! Aku pun nak bahagia, tapi macam mana wehh :/ Susah tahu tak nak lupakan semua ni, aku baru nak lupakan semuanya , korang dah muncul. Yeyy! Tuhan je tahu macam mana hati aku sekarang ini , sakit , perit bagai disirat , dibelah-belah :/ YaAllah! Berilah aku kebahagiaan lebih dari dorang. Tak sanggup aku lihat mereka sahaja bahagia manakala aku disini bersedihan keseorangan tanpa teman :/ Hm. Kata-kata lelaki hanya dari mulut tak jelas dihati. I can't smile. Sad, Isma is sad. Hm, lelaki pandai berkata membuat kaum wanita cair dengan ayat mereka.Korang tunggu! Korang ingat ini, apa yang korang buat akan terkena dekat diri korang balik. I'm so serious!

Jangan ingat aku diam , Allah ada untuk aku , Allah maha adil. Setiap perbuatan yang jahat atau menyakitkan hati orang lain akan kena balik dekat diri kita. Bumi sentiasa berpusing , dia berpusing kearah yang sama, dan kita manusia akan kearah yang sama jika kita melalkukan benda yang Allah tidak suka :') Terus tipu aku , terus dengan janji palsu mu itu. Kau tunggu masa dan saat untuk Allah balas balik apa yang kau dah buat dekat aku. Baru kau tahu macam mana peritnya aku hadapi semua ni! Aku tak kesah kau nak dengan siapa pun. Tapi perlu ke kau nak janji , dan pelbagai yang kau katakan dekat aku itu? Perlu? Tak perlu wehh! TAK! Itu hanya menyakitkan hati, dan kau dah buat orang benci kau! Pikir dulu sebelum cakap. Jangan main ikut suka mulut kau je cakap. Kau dah bahagia lepastu nak cakap macam itu. Wehh! nak masuk dua bulan! Mana kata-2 , janji-2 manis mu itu? Tidak ku temui sampai sekarang. Ohmy! Begitu perit aku yang hadapi dugaan ini. Jangan buat orang benci kau. Hm, aku masih sayang sebab itu aku layan kau. Tapi sorry to say if aku dah mula membenci kau , jangan harap aku nak layan ikhlas macam sekarang ini!

Lepastu kau dah tipu gf kau sendiri sayang, aku dapat rasakan sama apa yang gf kau rasakan. Nak tahu? Aku rasakan , mungkin waktu kita couple kau pandai berpura-pura tapi belakang aku kau layan entah siapa kan?! Blaa lah! Sekadar mulutt berbicara tak guna ok! Cuba ikhlas dari hati barulah nampak lelaki sejati. Huh! Sakit hati doh dengan semua ni. Aku tak pernah benci orang jangan sampai engkau orang pertama yang aku benci. Please! jangan sampai. Aku tak suka benci-benci orang. And last , I hope you will be happy with a new partner. I will not hate you if you do not say so. I want you to know that I still love you even if you already have a new partner. Take care of yourself.

Terima Kasih Kerana Membaca Blog Saya

Friday, 22 February 2013

''setiap luka perlukan masa untuk sembuh''

Assalamualaikum , Hi :)

Bukan mudah untuk mnerima hakikat yang kita di benci oleh seseorang yang kita sayang seumur hidup, tapi kenyataan hidup perlu di telan.. Redha tapi jangan berhenti berharap agar kasih itu berputik kembali... 
Selagi ada kehidupan selagi itu tiada siapa boleh brehenti berharap 



Hampir setiap malam aku teringat semua kenangan dan mula keluar air mata. Mulai sekarang aku cuba lupakan semuanya , tak nak menangis untuk mereka mereka yang tak pernah faham perasaan aku. Sebenarnya penat jugak hari-2 menangis je. Nak buat macam mana kenangan itu tak pernah nak hapus dalam fikiran , setiap saat aku sepi mesti akan teringat. Kalau aku teringat mesti akan masuk dalam mimpi , hahh susah sangat nak lupakan semua tuu! Hmm



YaAllah! Kenapa tahun ni banyak sangat dugaan yang menimpa aku :'( Serious satu satu yang datang :') Aku tak kuat dengan semua ni! Kalau boleh aku nak lupakan benda ni! Aku tak nak membazirkan air mata untuk mereka! Aku tak nak mereka tengok aku lemah! Aku tahu dugaan kali ini mencabar diri aku sendiri! Aku boleh! Ye aku BOLEH! "Perempuan memang pandai sembunyikan kesedihan mereka" Yes, itu memang betul! Aku taknak story hal ni dekat sesiapa. Aku rela pendam dari cerita dekat orang. Kalau cerita dekat orang pun still perit hati ni , baik pendam sorang-2. Kadang-kadang bila hati sedih tentang sesuatu yang remeh bagi pandangan mata orang lain, ia sangat sakit dihati sendiri.. Mereka sering berkata "ia hanyalah ujian kecil" cinta itu buta , cinta hanya benda yang sia-2 dan ada yang lebih besar dari kamu.. Tapi 

Ini bukan soal ujian , tapi ini soal hati dan perasaan. Setiap manusia pasti ingin di miliki, di kasihi , di sayangi, dan di cintai. Siapa yang mahu hidup sendirian hingga nafas terakhir? Walau sedalam mana pun hatimu kuat mengata aku tidak ingin bercinta tapi pasti terdetik didalam hati kamu ingin disayangi , dan tidak pernah meminta dilukai . Tak pernah bukan? Tak pernah sekelumit pun bukan.....

Aku tahu mereka diluar sana lebih hebat dugaan daripada aku. Tapi itu masalah dorang , masalah aku , aku tahu sendiri :') Setiap orang mesti ada masalah , ada dugaan yang Allah berikan , ye , sama macam aku. Aku tahu , kalau korang semua ada dugaan yang sama , mesti akan pikir macam aku juga. Aku dah alami banyak benda , aku tahu :') Hm , semua orang ada hati dan perasaan tapi mempunyai hati dan perasaan yang berbeza. Tak semua orang mempunyai hati yang kuat , tak semua orang mempunyai hati yang tabah , tak semua orang juga mempunyai hati yang keras! Dan adakalanya manusia itu perlukan ujian demi ujian untuk menjadi tabah . Kerana setiap luka ada pengajaran tersendiri , kerana setiap titis air mata punyai kenangan sendiri , kerana setiap senyuman jugak ada duka di sebaliknya. Jangan memandang sebelah mata tapi rasai apa yang mereka rasa! Bila terluka, kita mampu untuk memaafkan tetapi parut masih ada.. Tapi aku cuba untuk jadi lebih tabah dalam dugaan kali ini :')


"bukankah hidup itu ibarat roda ? ''
''saya tahu hati saya juga terlalu lembut dalam soal hati dan perasaan , saya tahu betapa sebuah perpisahan itu sangat perit walaupun ikatan suami isteri itu belum ada .. tapi saya juga ingin berpesan bersedih lah hanya untuk membuang duka .. bukan bersedih hingga bertambah siksa.. ingat Allah tetap ada , dan DIA aturkan perjalanan kita dengan penuh keindahan cuma ujian itu hanya untuk menguatkan bukan untuk melemahkan ..'' 




Terima Kasih Kerana Membaca Blog Saya

Friday, 15 February 2013

.....................................................................

Hii , Assalamualaikum :D

Saya disini ingin cerita pasal ketiga-tiga ex yang saya tak boleh nak lupakan sampai sekarang. Tanpa dorang saya tak akan tersenyum , Tapi akhirnya kami break. Dorang lah ceriakan hari-hari saya dulu tapi sekarang tiada orang untuk ceriakan hari-hari saya lagi. Saya rindukan mereka sebab itulah saya update blog ini. Saya masih sayangkan mereka tanpa mereka sedar. Hanya Allah sahaja tahu sebesar mana sayang saya pada mereka. Susah untuk saya lupakan yang nama nya "KENANGAN" . Setiap saat mesti saya akan ingat , bila dah ingat mulalah air mata mengalir , mula lah rasa rindu , sayang semua timbul. Tapi tiada apa yang perlu saya luahkan pada mereka, mereka sudah pun bahagia dengan pasangan baru. Saya redha kepergian mereka, memang berat untuk saya terima kenyataan ini. Sungguh berat dugaan yang Allah beri pada saya kali ini. Hm

13/11/2012

Tarikh ini saya mula kenal dengan si dia yang bernama Fadzrizal Yeoh . Kami mula start bertegur dan semua  pada masa yang sama. Kami kenal di twitter, dan akhiri di whatsapp. Kebetulan malam itu , malam sambutan  "deepavali". Yes! Kami kenal malam itu. Saya yang mulakan teguran malam itu ditwitter. Kononnya nak jadi peramah lah kan. Ihikk! Hahh , dah sampai intro semua bagai , dia tanya ada whatsapp tak. Eleh, mestilah ada kan. Hah , dia nak minta tapi malu. Maluu kucing pula dia. Hihi. Hm , Okay , Malam tu saya mula stalk dia , ohh dah ada gf rupanya . Hm patah seribu lah woii . Okay tak apa , kawan pun jadi lah. Esok pagi tu try stalk gf dia. Hah , ada satu tweet buat saya terasa lah, dia berkata sebegini "ngada ohh dia tuu" siapa yang tak terasakan? Okayy , saya tak pernah tegur ijai start tu, tapi ijai yang asyik tegur saya. Kalau macam itu tak apalah kan. Try stalk ijai pulak , dia ada update tweet jugak "Aku nak Single balik . Tolong faham!" Hahh , tak ingat sangat ayat dia macam mana, tapi macam itu jugak lah. Dan akhirnya dia single lah.  Saya pun suka dia dalam diam senanya. Takkan lah nak mengakukan? Dia tanya saya malam tu "Tak text bf ke? Ahak ahak! Single woo xD. Hahh dia tanya crush lah bagai. Haha! Dia cakap yang dia ada crush tapi crush dia dekat depan mata je tak pernah perasan pun. Yang saya ni buat lawak lah konon, haha kalau crush awak depan mata, crush saya belakang mata. Haha! Hmm, okay malas nak panjangkan cerita lagi. Lama kelamaan kami bersatu. Hahh, siapa yang tak happy dapat couple dengan crush kan? Susah nak dapat couple dengan crush . Hahh. Kami pun bahagia , tapi lama-2 semua jadi lain. Tak sama macam kami mula-2 kenal dan mula-2 couple. Hm, saya cuba untuk pertahankan hubungan ini. Tapi lama kelamaan rasa tak tahan sangat. Sampai terkeluar "Ada aku kesah?" Hm , sorry ok? :( Walaupun seteruk mana kami bergaduh dia still tabah , dia still nak whatsapp saya , dia still nak suruh saya maafkan dia. Saya boleh maafkan awak tapi saya taknak jadi benda yang sama.

25/11/2012

Malam itu ada orang DM saya dekat twitter , nama dia adalah Anas Malik . Dia ajak saya skype tapi saya cakap tidak boleh sebab tak pegang laptop. Dan dia ajak saya whatsapp pulak , hahh tegur lah dulu ann . Dia suruh saya tegur dulu. Ishh yelah! :3 Kami whatsapp-2 , dan tetiba dia tanya " tak whatsapp bf? Oh , semestinya lah tengah whatsapp kan. Walaupun saya gaduh dengan ijai sebesar mana tapi saya still cakap yang dia adalah bf saya. Yang dia macam sudah tak anggap saya ini gf dia , sebab? Kenapa perlu minta getback? Kita belum lagi cakap perkataan "BREAK" kan? Tapi tak apalah dah awak nak anggap kami macam itu. Tapi dekat orang saya masih lagi cakap awak adalah bf saya. 28/11/2012 , ijai dan anas ajak otp. Ohh, first mesti lah dengan ijai , tetiba dalam masa yang sama anas pun call. Lol! Saya terus abaikan ijai waktu tu. Saya terus cakap sambung esok semua tu. Dia pun okok kan sahaja. Hm , dan bila otp dengan anas . Hahh, baru kenal dah sweet waktu otp tu. Wohaa! kami dah 3 kali skype. Ijai whatsapp waktu tu , dia cakap "Woi , berapa lama kena tunggu ni? Aku ngantuk lah! Nak tidur , esok pagi sambung . aku melamar kau esok" dah terharu tapi , saya still terfikir *why nak melamar balik? Kami belum break kan? :'(*  Hmm , biar lah. Dalam masa yang sama , anas nak melamar saya malam itu . Saya terima dia , why saya terima dia ? YaAllah! Dia bukan yang terbaik. Saya terima tanpa ada rasa suka dekat dia pun. Tapi satu sahaja saya suka tentang beliau "Lesung pipit" tapi rasa hati tak ada pun. Bodohnya saya terima orang yang salah dan tak pernah rasa suka dekat dia. Dia sweet hanya dengan kata-2 manis sahaja. Bukti tak pernah ada. Couple pun tak lama. Esok pagi ijai nak lamar. YaAllah! Tak sanggup nak bagi tahu hal sebenar , tapi kalau bohong akhir akan tahu lagi lah buat dia sakit hati. I'm sorry ijai :'( Jangan risau my heart just for you sayang. Saya tak pernah nak masukkan hati saya dekat orang lain.

Makin lama , tiga hari sebelum birthday saya. Saya mula sayang dekat anas , mula percaya dengan kata-2 dia. Wahh! bahagia nya waktu itu. Dan bila malam birthday saya, dia wish lambat. Why hati saya rasa lain? Saya nak kan awak orang pertama tapi malang nya tidak. Ijai dulu wish. Ijai! bukan anas. Anas wish pun macam tak ikhlas , sebak jantung waktu itu. Saya cuba bezakan wish ijai dan anas. Saya tengok ijai lagi semangat tapi awak langsung ! Sedih! Dan bila ajak otp , awak malas sangat nak cakap. Asal lain sangat ni! Dah ada orang lain terus terang! Tapi awak still taknak mengaku. Saya rasa ijai lagi ok dari awak. Waktu saya couple dengan anas , ijai still harapkan saya. Dia still cakap sayang dekat saya. Tak macam awak! Pandai berkata-kata. Dan pagi birthday saya , saya terjaga pukul 09 lebih. Tengok phone , ada 5orang whatsapp. Saya tengok sambil kecikkan mata. Still mengantukk woo >< Dan bila buka whatsapp from anas , YaAllah! Apa ini semua , panjang sangat dia sent tu. Perkataan  yang saya nampak dulu adalah perkataan break . Okay dah agak , terus tak ada mood nak baca dan nak reply. Biarkan sahaja whatsapp itu. Kenapa perlu hari jadi saya? Kenapa anas kenapa? Hm , sedih tahu tak? Kalau saya tahu , saya tak akan terima anda! Hm, saya cuba untuk lupakan anas , tapi susah sangat. Lebih baik saya bersama ijai daripada anas.
Dan ijai pun sudah tahu kami break. Dia cuba untuk dapatkan saya balik. Dia cakap "Bila kita nak macam dulu?" Saya cakap Sekarang! Eh kejap nak keluar . byebye :* . Hahh , ingatkan dah bersatu tapi dia still panggil aku/kau. Oh belum bersatu lagi keh? :/ Hm okay.

Dan ada someone ni pulak dari facebook , nama dia Muhammad Danish. Dia pulak cuba lamar saya. Saya terima jugak sebab ijai pun dah tak anggap saya ni biasa-2 sahaja . Okay , saya mula fikir , ijai dah tak bahagia dengan aku diaa nak cari orang lain mungkin. It's okay , saya terima danish. Dan bila saya terima danish , malam itu ijai still tegur dan cakap dia masih nak kami macam dulu. Kenapa awak taknak cakap lebih awal? Kenapa? Hm , saya dah pun berpunya baru awak nak cakap. Danish takeare sangat pasal saya. Dan saya rasa kesian sangat dekat ijai , dia dah bagi harapan tinggi tapi saya still tak terima dia walaupun tak pernah berakhir dengan perkataan break. Mula rasa sayang pada ijai, mula rasa ingin bersatu kembali. Saya try minta break dengan Danish , kami couple baru berapa hari. Tapi saya tak sanggup , biarlah dia baru berapa hari , saya tak kesah , yang ijai sanggup tunggu saya itu apa kan? Dia lagi terseksa , sampai saya dah couple dengan orang lain pun dia masih harapkan saya. Itu yang membuat saya rasa serba salah dan ingin kembali padanya. Saya cuba minta break dengan danish dengan mengalirkan air mata. Kesian tengok dia jugak . Baru berapa hari sudah break. Saya nak awak tahu , saya dah kenal ijai dulu dari awak. Takkan saya akan terus hidup dengan awak malah ijai sudah lama saya kenal dan dia sanggup tunggu saya dengan apa pun  caranya. Kuatnya ijai ni . Hmm , Danish! I'm sorry , sebab kita dapat bahagia sekejap sahaja. Mungkin kami  bukan jodoh. Percaya lah , kita couple waktu zaman macam ini belum tentu kita jodoh, cuba awak fikir betul-2. Saya tahu ada yang lebih baik untuk awak. Jangan sedih , awak ingat satu hal, apa pun cara saya tetap sayang awak. Dia cuba tetap pertahankan, tapi saya cuba lagi. Dan dia terus offline :( YaAllah! Salah ke apa yang aku buat ini . Hm , maafkan saya danish .

Malam itu saya asyik terpikir sahaja , salahkah apa yang saya buat dekat Danish? Hm , maafkan saya! Saya terpikir lagi , adakah ijai akan terima saya balik pagi esok? Harap dia terima , sebab saya tahu dia pun dah tunggu saya tuu. Hahh, malam itu saya tidur bersama air mata . Mungkin Danish sudah pun membenci saya. Hm, mungkin jalan yang saya buat itu salah sampai macam ini sekali beliau membenci saya. Hm, pagi itu saya bersemangat sangat tapi dalam pikiran banyak benda yang tengah bermain-2. Okay , pagi itu saya tegur ijai , sebelum tunggu dia reply sambil itu stalk lah dia kan . Hah , online twitter , stalk lah dia, tengok tweet dan bio terus mengalir air mata. Okay! Betul apa yang saya cakap, ini bukan jalan yang terbaik , ini jalan yang salah! Dia sudah pun berpunyaa! Okay , mula lah saya pura-2 happy waktu whatsapp dengan dia. Senanya hati tengah sedih, tiada siapa yang tahu. Biar sahaja lah dia bahagia. Biar sahaja lah dia dengan yang baru. Biar sahaja lah semua ni berlaku. Hm, Whatsapp sampai pukul 11 lebih, sebab saya dah gelabah nak siap pergi sekolah. Hm, waktu dekat sekolah asyik teringat-ingat dia sahaja. YaAllah! Adakah ini ujian yang telah engkau berikan padaku :'( Sekelip mata semua hilang , kawan ? Orang yang saya sayang ? Semua pergi dalam masa yang sama. Dimana saya nak mengadu? Saya tak kuat hadapi ujianmu ini keseorangan :( Tak apa lah , saya turut bahagia bila mereka bahagia . Saya turut senang bila mereka pun senang .



You youu youuu youuuu youuuuu , i really really really miss youu youu :') i benar benar linduu youu laling , i benar benar winduu you sayang , i benar benar rindukan you sayongg :'* hmm okayy bye bye bye , assalamualaikum :'D
Terima Kasih Kerana Membaca Blog Saya