Assalamualaikum , Hi :)
Bukan mudah untuk mnerima hakikat yang kita di benci oleh seseorang yang kita sayang seumur hidup, tapi kenyataan hidup perlu di telan.. Redha tapi jangan berhenti berharap agar kasih itu berputik kembali...
Selagi ada kehidupan selagi itu tiada siapa boleh brehenti berharap ♥
Hampir setiap malam aku teringat semua kenangan dan mula keluar air mata. Mulai sekarang aku cuba lupakan semuanya , tak nak menangis untuk mereka mereka yang tak pernah faham perasaan aku. Sebenarnya penat jugak hari-2 menangis je. Nak buat macam mana kenangan itu tak pernah nak hapus dalam fikiran , setiap saat aku sepi mesti akan teringat. Kalau aku teringat mesti akan masuk dalam mimpi , hahh susah sangat nak lupakan semua tuu! Hmm
YaAllah! Kenapa tahun ni banyak sangat dugaan yang menimpa aku :'( Serious satu satu yang datang :') Aku tak kuat dengan semua ni! Kalau boleh aku nak lupakan benda ni! Aku tak nak membazirkan air mata untuk mereka! Aku tak nak mereka tengok aku lemah! Aku tahu dugaan kali ini mencabar diri aku sendiri! Aku boleh! Ye aku BOLEH! "Perempuan memang pandai sembunyikan kesedihan mereka" Yes, itu memang betul! Aku taknak story hal ni dekat sesiapa. Aku rela pendam dari cerita dekat orang. Kalau cerita dekat orang pun still perit hati ni , baik pendam sorang-2. Kadang-kadang bila hati sedih tentang sesuatu yang remeh bagi pandangan mata orang lain, ia sangat sakit dihati sendiri.. Mereka sering berkata "ia hanyalah ujian kecil" cinta itu buta , cinta hanya benda yang sia-2 dan ada yang lebih besar dari kamu.. Tapi
Ini bukan soal ujian , tapi ini soal hati dan perasaan. Setiap manusia pasti ingin di miliki, di kasihi , di sayangi, dan di cintai. Siapa yang mahu hidup sendirian hingga nafas terakhir? Walau sedalam mana pun hatimu kuat mengata aku tidak ingin bercinta tapi pasti terdetik didalam hati kamu ingin disayangi , dan tidak pernah meminta dilukai . Tak pernah bukan? Tak pernah sekelumit pun bukan.....
Aku tahu mereka diluar sana lebih hebat dugaan daripada aku. Tapi itu masalah dorang , masalah aku , aku tahu sendiri :') Setiap orang mesti ada masalah , ada dugaan yang Allah berikan , ye , sama macam aku. Aku tahu , kalau korang semua ada dugaan yang sama , mesti akan pikir macam aku juga. Aku dah alami banyak benda , aku tahu :') Hm , semua orang ada hati dan perasaan tapi mempunyai hati dan perasaan yang berbeza. Tak semua orang mempunyai hati yang kuat , tak semua orang mempunyai hati yang tabah , tak semua orang juga mempunyai hati yang keras! Dan adakalanya manusia itu perlukan ujian demi ujian untuk menjadi tabah . Kerana setiap luka ada pengajaran tersendiri , kerana setiap titis air mata punyai kenangan sendiri , kerana setiap senyuman jugak ada duka di sebaliknya. Jangan memandang sebelah mata tapi rasai apa yang mereka rasa! Bila terluka, kita mampu untuk memaafkan tetapi parut masih ada.. Tapi aku cuba untuk jadi lebih tabah dalam dugaan kali ini :')
"bukankah hidup itu ibarat roda ? ''
''saya tahu hati saya juga terlalu lembut dalam soal hati dan perasaan , saya tahu betapa sebuah perpisahan itu sangat perit walaupun ikatan suami isteri itu belum ada .. tapi saya juga ingin berpesan bersedih lah hanya untuk membuang duka .. bukan bersedih hingga bertambah siksa.. ingat Allah tetap ada , dan DIA aturkan perjalanan kita dengan penuh keindahan cuma ujian itu hanya untuk menguatkan bukan untuk melemahkan ..'' ♥
No comments:
Post a Comment